Sunday

HARI PEMBENTANGAN PROJEK

Pembentangan projek dijalankan mengikut jadual. Giliran Pembentangan saya adalah pada jam 10 pagi dan telah hadir lebih awal daripada itu iaitu pada jam 8.30 pagi bagi membuat persiadaan terakhir sebelum memulakan pembentangan. sementara menunggu giliran, saya mendengar kawan-kawan yang lain membentangkan projek mereka serta memerhati dan mencatit komen daripada penilai-penilai yang berkaitan dengan projek saya. pembentangan dimulakan dengan hafizi, sukri, rasyid dan kemudian barulah giliran saya. masa yang diberi oleh penilai untuk membentangkan projek ini adalah 10 minit sahaja. oleh itu, saya mengambil isi-isi penting sahaja untuk dibentangkan. antara isi-isi yang dibentangkan adalah isi-isi yang mempunyai perbezaan dengan hasil pembentangan rasyid. setelah pembentangan selesai, keempat-empat pelajar iaitu hafizi, sukri rasyid dan saya sendiri dipanggil untuk duduk dihadapan penilai untuk diberi komen mengenai pembentangan kami. antara komen yang diberi mengenai projek rasyid dan saya adalah seperti berikut:

> Berbincang dengan penyelia mengenai tajuk "mengimplimentasi". tajuk "mengimplimentasi" seolah-olah pelajar hanya mengambil atau menggunakan bridge jumbo untuk dinilai tanpa melibatkan proses pembangunan. perkataan yang sesuai adalah "membangunkan"

> bahagian metodologi yang tidak lengkap atau tidak mencukupi.

> Perbezaan dari segi bagaimana bridge mengenalpasti paket yang dihantar samada TCP atau UDP tidak dinyatakan.

> kajian terhadap sistem atau kajian yang sedia ada perlu diperbanyakkan.

> mengenai cadangan perlaksanaan perlulah mempunyai penambah baikkan daripada kajian yang sedia ada. sebagai contoh:
penambah baikkan daripada kajian yang dijalankan oleh cik marina keatas perisian bridge. (komen diberikan oleh Dr kamarul berdasarkan carta alir dalam laporan)

> Kenapa ujian dijalankan sebanyak 10 kali? kena dapatkan kepastian atau bukti.

> teknik pengujian tidak jelas. bagaimana pengujian data dijalankan? apakah jenis data yang digunakan? teknik penghantaran data samada streaming atau sebagainya.

> jelaskan lagi mengenai rekabentuk bridge perisian. bagaimana ia akan dibangunkan.

1 comment:

Marina Binti Md Arshad said...

these are all good comments. Bertuah sebenarnya you dapat penilai kedua2nya orang network.

dan bukankah kebanyakkan soalan2 itu adalah soalan2 yang saya dah JENUH KALI bertanya kepada kamu semua. Pengajaran, lain kali dengar cakap penyelia. Kami bukan cakap kosong :P

Semua itu minor corrections. Concentrate on your finals and when you are free, come and see me and we can make the necessary corrections sebelum kamu balik kampung dan selebihnya..

kita tunggu PSM2!!