Bridge menghubungkan beberapa segmen rangkaian pada lapisan ke-2 iaitu lapisan pautan data (data link layer) bagi model OSI, dan kebiasaannya pada lapisan ke-2, suis (switch) kerap digunakan dan boleh ditukar-ganti dengan bridge.
Bridge mempunyai persamaan dengan peranti-peranti yang lain seperti pengulang (repeaters), atau rangkaian hab (network hub) dimana peranti-peranti ini menghubungkan segmen rangkaian pada lapisan fizikal. Walau bagaimanapun, dengan adanya bridge, laluan dari satu rangkaian lebih terurus daripada hanya membuat penghantaran semula kepada segmen rangkaian yang bersebelahan. Dalam rangkaian Ethernet, istilah bridge kebiasaannya merujuk kepada satu peranti yang bergantung kepada piawai IEEE 802.1D.
Bridge adalah lebih kompleks berbanding rangkaian hab atau pengulang. Bridge boleh mengenal pasti paket data yang sampai kepadanya dan menentukan sama ada bridge itu berkebolehan menghantar paket yang diterima kepada segmen rangkaian yang lain. Bridge mengawasi maklumat laluan pada rangkaian, oleh itu ia boleh menghantar paket kepada lokasi yang betul.
Bridge menguruskan laluan untuk mengekalkan prestasi yang optimum pada kedua-dua bahagia rangkaian iaitu pengirim dan penerima. Ia juga boleh dianggap sebagai polis lalu-lintas yang mengawal laluan pada masa yang sibuk. Bridge juga boleh digunakan untuk menghubungkan jenis kabel dan topologi fizikal yang berbeza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment