Sunday

Minggu 10: (27/9/10 – 3/10/10)

- Konfigurasi kad rangkaian tambahan dijalankan pada FreeBSD menggunakan kod sumber yang diperolehi.

o Enable kad rangkaian
o Konfigurasi alamat IP
o Konfigurasi diletakkan pada lokasi etc/rc.conf

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

Minggu 9: (20/9/10 – 26/9/10)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

- Komputer yang dijadikan bridge memerlukan 2 kad rangkaian dimana 2 proses akan dijalankan oleh nya iaitu menghantar dan menerima paket. Oleh itu, kad rangkaian tambahan yang mempunyai cirri-ciri Gigabit 10/100/1000 dan menyokong jumbo frame sehingga 9000 byte disediakan. Berikut merupakan spesifikasi kad rangkaian yang diperolehi:

o D-Link DGE-530T
o 10/100/1000 Mbps Gigabit PCI Desktop
o Jumbo frame up to 9K

- Pemasangan kad rangkaian dijalankan pada komputer yang dijadikan bridge (FreeBSD)

Minggu 8: (30/8/10 – 3/8/10)

- Konfigurasi bridge pada FreeBSD menggunakan kod sumber yang diperolehi.
o Create bridge
o Create member/port/host
o Add member to the bridge

- Menghantar paket (<1500 byte & >1500 byte antara dua komputer (ping)
o PC A(FreeBSD) to PC B(FreeBSD)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge

Minggu 7: (23/8/10 – 29/8/10)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.


- Menjalankan penyelidikan terhadap pemasangan, penggunaan, kod sumber bagi sistem pengoperasian FreeBSD.


- Memasang sistem pengoperasian FreeBSD kepada komputer.

Minggu 6: (16/8/10 – 22/8/10)

- Persediaan bagi pembentangan pertama (demo 1).

- Pembentangan dijalankan di makmal komputer bersama penyelia Cik Marina.

- Beberapa perubahan dan penambahan daripada demo 1 dimaklumkan.

- Segala komen dicatat dan dinilai.

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

Minggu 5: (9/8/10 – 15/8/10)

- Paket bersaiz biasa (<1500>1500 byte – 9000 byte) dihantar antara satu sama lain.

- Melihat perbezaan terhadap situasi yang berbeza dan direkod

- Mengubah konfigurasi kad rangkaian pada “jumbo frame” kepada had maximum (9 KB MTU). Proses diatas diulang.

- Paket bersaiz biasa (<1500>1500 byte – 9000 byte) dihantar antara satu sama lain.

- Melihat perbezaan terhadap situasi yang berbeza dan direkod

Minggu ke-4: (2/8/2010 – 8/8/2010)

- Memasang sebuah komputer dengan sistem pengoperasian linux mint dan windows XP yang telah sedia ada.

- Setiap komputer tersebut dipasangkan perisian wireshark dan mempelajari bagaimana untuk menggunakannya.

- Memasang perisian iperf dan mempelajari menggunakannya.

Thursday

Minggu ke-3: (26/7/2010 – 1/8/2010)

- Masih mempelajari kegunaan/penggunaan setiap perisian yang dicadangkan.

- Perisian VMWare telah dipasangkan kepada komputer dan dijalankan. perisian OS UBUNTU pula dipasangkan ke perisian VMWare. Oleh itu, komputer tersebut telah mempunyai 2 sistem pengoperasian yang berbeza iaitu sistem pengoperasian yang telah sedia ada, windows XP dan sistem pengoperasian UBUNTU. Kedua-dua sistem pengoerasian itu telah berjaya dijalankan serentak dalam 1 masa.

- Cadangan yang baru diterima daripada penyelia projek 2 iaitu:

> Install sebuah computer dengan OS linux (PC A)
> Install sebuah lagi computer dengan OS XP (PC B)
> Menghantar data-data berikut ke setiap komputer tersebut.

* Paket data bersaiz biasa (<1500 byte)
* Paket data bersaiz jumbo (>1500 – 9000 byte)

Minggu ke-2: (19/7/2010 – 25/7/2010)

-Menempah komputer di dalam makmal komputer jabatan SKK dengan tujuan melaksanakan projek 2.

-Mencari dan memuat turun perisian wireshark, free BSD, iperf, VMWare daripada "free sources".

-Memasang(Install) kesemua perisian tersebut kepada komputer di dalam makmal komputer.

-Menjalankan kesemua perisian tersebut dan mempelajari bagaimana untuk menggunakannya.

Minggu pertama: (12/7/2010 - 18/7/2010)

- Perjumpaan pertama pada semester baru bersama ahli kumpulan dan penyelia projek 2 Cik Marina.

- Perbincangan dijalankan bersama-sama mengenai perancangan bagi melaksanakan projek 2.
o Perjumpaan diadakan setiap hari khamis jam 2 petang di bilik perbincangan jabatan SKK.

- Cadangan yang dipersetujui.
o Menempah komputer di dalam makmal komputer yang dikhaskan untuk perlaksanaan projek 2 di jabatan SKK.
o Install dan mempelajari perisian Wireshark, VMWare, iPerf dan free BSD.
o Menghantar paket saiz jumbo diantara OS XP dan OS FreeBSD
o Menghantar paket saiz biasa diantara OS XP dan OS FreeBSD

Sunday

HARI PEMBENTANGAN PROJEK

Pembentangan projek dijalankan mengikut jadual. Giliran Pembentangan saya adalah pada jam 10 pagi dan telah hadir lebih awal daripada itu iaitu pada jam 8.30 pagi bagi membuat persiadaan terakhir sebelum memulakan pembentangan. sementara menunggu giliran, saya mendengar kawan-kawan yang lain membentangkan projek mereka serta memerhati dan mencatit komen daripada penilai-penilai yang berkaitan dengan projek saya. pembentangan dimulakan dengan hafizi, sukri, rasyid dan kemudian barulah giliran saya. masa yang diberi oleh penilai untuk membentangkan projek ini adalah 10 minit sahaja. oleh itu, saya mengambil isi-isi penting sahaja untuk dibentangkan. antara isi-isi yang dibentangkan adalah isi-isi yang mempunyai perbezaan dengan hasil pembentangan rasyid. setelah pembentangan selesai, keempat-empat pelajar iaitu hafizi, sukri rasyid dan saya sendiri dipanggil untuk duduk dihadapan penilai untuk diberi komen mengenai pembentangan kami. antara komen yang diberi mengenai projek rasyid dan saya adalah seperti berikut:

> Berbincang dengan penyelia mengenai tajuk "mengimplimentasi". tajuk "mengimplimentasi" seolah-olah pelajar hanya mengambil atau menggunakan bridge jumbo untuk dinilai tanpa melibatkan proses pembangunan. perkataan yang sesuai adalah "membangunkan"

> bahagian metodologi yang tidak lengkap atau tidak mencukupi.

> Perbezaan dari segi bagaimana bridge mengenalpasti paket yang dihantar samada TCP atau UDP tidak dinyatakan.

> kajian terhadap sistem atau kajian yang sedia ada perlu diperbanyakkan.

> mengenai cadangan perlaksanaan perlulah mempunyai penambah baikkan daripada kajian yang sedia ada. sebagai contoh:
penambah baikkan daripada kajian yang dijalankan oleh cik marina keatas perisian bridge. (komen diberikan oleh Dr kamarul berdasarkan carta alir dalam laporan)

> Kenapa ujian dijalankan sebanyak 10 kali? kena dapatkan kepastian atau bukti.

> teknik pengujian tidak jelas. bagaimana pengujian data dijalankan? apakah jenis data yang digunakan? teknik penghantaran data samada streaming atau sebagainya.

> jelaskan lagi mengenai rekabentuk bridge perisian. bagaimana ia akan dibangunkan.

Thursday

Perjumpaan Terakhir Sebelum Hari Pembentangan

perjumpaan diadakan seperti biasa pada:

tempat: bilik perbincangan jabatan SKK
masa: 11 pagi
tarikh: 15/10/2009

tujuan perjumpaan adalah bagi membentulkan
kesalahan yang terdapat di dalam slide
pembentangan sebelum ia dibentangkan pada
hari pembentangan.

jadual masa pembentangan dimaklumkan seperti
berikut:

tarikh: 23/10/2009
tempat: bilik 2
masa: 10 pagi
penilai: 1)Dr. Asri 2)Dr. Kamarulnizam

Saturday

Penyerahan Laporan

2 salinan laporan disediakan dan diserahkan
pada 9 oktober 2009 (Jumaat), jam 3.00 petang.
begitu juga dengan borang-borang yang berkaitan.

Laporan diserahkan kepada AJK PSM, Tuan Syed Othmawi
di jabatan SKK.

Perlaksanaan Seterusnya:
> latihan pembentangan kali ke-2
> Pembentangan Laporan sebenar.

latihan pembentangan

Latihan pembentangan diadakan:
> tarikh: 8 oktober 2009 (khamis)
> masa: 11.00 am
> tempat: bilik pembincangan jabatan SKK


Agenda:

Semua pelajar dibawah penyelia Cik Marina
dikehendaki melakukan pembentangan laporan
masing-masing bertujuan memberi pendedahan
dan latihan kepada pelajar sebelum hari
pembentangan sebenar. pembentangan dijalankan
mengikut peraturan/cara yang telah ditetapkan.


Masa pembentangan: 15 minit.
Sesi soal/jawab: 5 minit.


Slide yang telah disediakan dibentangkan pada
hari pembentangan tersebut. 1 salinan slide
pembentangan dicetak dan diserahkan kepada
penyelia. Cik Marina bertindak sebagai penilai.
Soalan dan juga komen diberikan.


Soalan:
> Mengapakah En Firoz dipilih sebagai individu untuk
ditemuramah?
> Adakah spesifikasi komputer yang dinyatakan di
dalam silde tersebut di tahap minimum bagi melaksanakan
projek ini?


Komen:
> Susunan slide pembentangan perlu disusun
semula mengikut topik yang sesuai.
> Jangan gabungkan topik yang berbeza di dalam
satu slide. ia perlu diasingkan.
> Buatkan slide yang lebih menarik.


Keseluruhan perlaksanaan pembentangan ini dijalankan
selama 3 jam 1/2, iaitu dari jam 11.00 pagi sehingga
jam 2.30 petang. setelah selesai, pelajar dibenarkan
untuk berehat dan perbincangan disambung semula pada
jam 3.30 petang bagi proses pembetulan format laporan.
perbincangan selesai pada jam 5.00 petang. semua
pelajar di bawah penyelia Cik Marina terlibat.

Perlaksanaan seterusnya:
> Sediakan 2 salinan laporan dan dihantar kepada AJK PSM,
Tuan Syed Othmawi beserta borang-borang yang diperlukan.

draf kedua..

selepas pembetulan dilakukan, draf kedua telah dihantar kepada
penyelia, Cik Marina binti Md. Arshad pada 4 oktober 2009.

draf kedua disemak dan diserahkan kepada pelajar
pada 5 oktober untuk membuat pembetulan ke atas laporan.

perlaksanaan seterusnya:

> pembetulan laporan dijalankan
> slide pembentangan disediakan
> persediaan bagi latihan pembentangan laporan
> penyerahan laporan kepada AJK PSM pada 9 oktober 2009

Wednesday

sumber rujukan

1. Behrouz A. Forouzan (2007). Data communication and Networking. Fourth edition. Singapore: McGraw-Hill

2. Durham (2006). Bridge Functions Consortium. Jumbo Frame Feature Verification Test Suite Version 0. University of New Hampshire

3. Gurdeep S. Hura, Mukesh Singhal (2001). Data And Computer Communications: Networking and Internetworking. United States of America.: CRC Press LLC. Hall 245- 246

4. Jeff Doyle (2003).Routing TCP/IP. 1st ed. United States of America.: Ninth Printing. 79

5. Joe St Sauver (2003). Practical Issues Associated With 9K MTUs. University of Oregon Computing Center.

6. Phil Dykstra (1999). Gigabit Ethernet Jumbo Frames.

7. Thomson. (2002), Internetworking Devices. Singapore.: Thomson Learning. Hall 52

8. Thomson. (2001), Introduction to TCP/IP. Singapore.: Thomson Learning. Hall 39-40

9. Marina Md Arshad. (2008), Design an Implementation of a Software Bridge between Jumbo and Non-Jumbo Frame Segments.

draf pertama..

draf pertama telah disiapkan pada 13 september dan dihantar kepada penyelia
pada 14 september.

kandungan di dalam draf pertama:

-muka depan
-abstrak & abstract
-isi kandungan
-senarai rajah
-senarai lampiran
-senarai singkatan
-senarai istilah
-bab 1 - bab 5
-lampiran


draf pertama telah disemak oleh penyelia pada 15 september dan telah
diterima kembali untuk tujuan pembetulan. kesalahan yang dilakukan:

-tidak mengikut format penulisan tesis.
-penggunaan ayat yang tidak betul
-terdapat beberapa perkara yang tidak lengkap
* tiada carta gantt
* tiada layout rangkaian FSKSM
* penerangan

proses pembetulan masih dijalankan.

setelah pembetulan disiapkan, ia perlu dihantar kembali selepas cuti
raya untuk disemak semula.

Thursday

meeting pada minggu ke-8

perkara yang telah berjaya dijalankan:
=> mendapatkan penerangan mengenai rangkaian FSKSM dari en. Firoz,
tetapi tidak menyeluruh.
=> kenalpasti tools yang akan digunakan.


perkara yang perlu dijalankan:
=> kajian terhadap teknik penyelesaian yang hendak digunakan (bab 2)
=> pembetulan laporan bab 2 yang telah disemak oleh cik Marina
=> mendapatkan penerangan mengenai rangkaian di FSKSM dari pihak CICT
=> teknik penyelesaian terhadap bingkai jumbo


perkara yang sedang dijalankan:
=> selesaikan laporan bab 2
=> menjalankan laporan bab 3

Monday

network connections..

Dalam LAN, terdapat dua atau lebih komputer yang berhubung untuk berkongsi sumber, bertukar-tukar maklumat atau membenarkan komunikasi secara elektronik. LAN merupakan rangkaian yang terhad kepada keadaan geografi atau kawasan yang kecil seperti di makmal-makmal atau di dalam satu bangunan sahaja. Komputer yang terdapat dalam rangkaian tersebut berhubung sama ada menggunakan kabel, atau tanpa kabel.

Terdapat dua jenis kabel yang biasa digunakan iaitu kabel kuprum (copper cable) dan kabel gentian optik (optical fiber). Kabel kuprum membawa isyarat elektrik, dan antara bahagian kabel kuprum adalah kabel twisted pair, kabel coaxial, atau kabel yang biasa digunakan adalah kabel Unshielded Twisted Pair (UTP). Bagi kabel gentian optik pula, ia membawa isyarat cahaya di mana serpihan kaca atau plastik yang membawa isyarat dengan cara pantulan dari penghantar kepada penerima.

Komputer yang menggunakan sambungan tanpa wayar, pengantaranya ialah ruang udara dan isyaratnya adalah gelombang radio. Sambungan tanpa wayar mempunyai pelbagai cara antaranya menggunakan penghala tanpa wayar (wireless router) dan komputer dengan kad rangkaian tanpa wayar dapat berkomunikasi antara peranti-peranti melalui ruang udara atau pun satelit. (Cisco Networkin Academy 4.0)

Tuesday

bridge jumbo.

Bridge Jumbo direka bentuk bagi membolehkan perhubungan antara peranti-peranti yang mempunyai nilai MTU yang berbeza dalam LAN yang sama.

Bridge jumbo tidak sama seperti bridge yang biasa di mana ia menghubungkan beberapa rangkaian LAN dan dijalankan di lapisan pautan data.

Perbezaan yang utama antara bridge normal dengan bridge jumbo adalah bridge jumbo melakukan pemecahan (fragment) ke atas bingkai jumbo supaya saiz bingkai itu menjadi saiz bingkai yang biasa dan menghantar bingkai tersebut kepada penerima.

banyak lagi perbezaan antara bridge jumbo dengan bridge biasa. semua itu akan dibincangkan kemudian. ketika ini usaha mencari maklumat mengenai "jumbo frame" masih dijalankan dari masa ke semasa.....