Sunday

Minggu 10: (27/9/10 – 3/10/10)

- Konfigurasi kad rangkaian tambahan dijalankan pada FreeBSD menggunakan kod sumber yang diperolehi.

o Enable kad rangkaian
o Konfigurasi alamat IP
o Konfigurasi diletakkan pada lokasi etc/rc.conf

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

Minggu 9: (20/9/10 – 26/9/10)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

- Komputer yang dijadikan bridge memerlukan 2 kad rangkaian dimana 2 proses akan dijalankan oleh nya iaitu menghantar dan menerima paket. Oleh itu, kad rangkaian tambahan yang mempunyai cirri-ciri Gigabit 10/100/1000 dan menyokong jumbo frame sehingga 9000 byte disediakan. Berikut merupakan spesifikasi kad rangkaian yang diperolehi:

o D-Link DGE-530T
o 10/100/1000 Mbps Gigabit PCI Desktop
o Jumbo frame up to 9K

- Pemasangan kad rangkaian dijalankan pada komputer yang dijadikan bridge (FreeBSD)

Minggu 8: (30/8/10 – 3/8/10)

- Konfigurasi bridge pada FreeBSD menggunakan kod sumber yang diperolehi.
o Create bridge
o Create member/port/host
o Add member to the bridge

- Menghantar paket (<1500 byte & >1500 byte antara dua komputer (ping)
o PC A(FreeBSD) to PC B(FreeBSD)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge

Minggu 7: (23/8/10 – 29/8/10)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.


- Menjalankan penyelidikan terhadap pemasangan, penggunaan, kod sumber bagi sistem pengoperasian FreeBSD.


- Memasang sistem pengoperasian FreeBSD kepada komputer.

Minggu 6: (16/8/10 – 22/8/10)

- Persediaan bagi pembentangan pertama (demo 1).

- Pembentangan dijalankan di makmal komputer bersama penyelia Cik Marina.

- Beberapa perubahan dan penambahan daripada demo 1 dimaklumkan.

- Segala komen dicatat dan dinilai.

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

Minggu 5: (9/8/10 – 15/8/10)

- Paket bersaiz biasa (<1500>1500 byte – 9000 byte) dihantar antara satu sama lain.

- Melihat perbezaan terhadap situasi yang berbeza dan direkod

- Mengubah konfigurasi kad rangkaian pada “jumbo frame” kepada had maximum (9 KB MTU). Proses diatas diulang.

- Paket bersaiz biasa (<1500>1500 byte – 9000 byte) dihantar antara satu sama lain.

- Melihat perbezaan terhadap situasi yang berbeza dan direkod

Minggu ke-4: (2/8/2010 – 8/8/2010)

- Memasang sebuah komputer dengan sistem pengoperasian linux mint dan windows XP yang telah sedia ada.

- Setiap komputer tersebut dipasangkan perisian wireshark dan mempelajari bagaimana untuk menggunakannya.

- Memasang perisian iperf dan mempelajari menggunakannya.