Sunday

HARI PEMBENTANGAN PROJEK

Pembentangan projek dijalankan mengikut jadual. Giliran Pembentangan saya adalah pada jam 10 pagi dan telah hadir lebih awal daripada itu iaitu pada jam 8.30 pagi bagi membuat persiadaan terakhir sebelum memulakan pembentangan. sementara menunggu giliran, saya mendengar kawan-kawan yang lain membentangkan projek mereka serta memerhati dan mencatit komen daripada penilai-penilai yang berkaitan dengan projek saya. pembentangan dimulakan dengan hafizi, sukri, rasyid dan kemudian barulah giliran saya. masa yang diberi oleh penilai untuk membentangkan projek ini adalah 10 minit sahaja. oleh itu, saya mengambil isi-isi penting sahaja untuk dibentangkan. antara isi-isi yang dibentangkan adalah isi-isi yang mempunyai perbezaan dengan hasil pembentangan rasyid. setelah pembentangan selesai, keempat-empat pelajar iaitu hafizi, sukri rasyid dan saya sendiri dipanggil untuk duduk dihadapan penilai untuk diberi komen mengenai pembentangan kami. antara komen yang diberi mengenai projek rasyid dan saya adalah seperti berikut:

> Berbincang dengan penyelia mengenai tajuk "mengimplimentasi". tajuk "mengimplimentasi" seolah-olah pelajar hanya mengambil atau menggunakan bridge jumbo untuk dinilai tanpa melibatkan proses pembangunan. perkataan yang sesuai adalah "membangunkan"

> bahagian metodologi yang tidak lengkap atau tidak mencukupi.

> Perbezaan dari segi bagaimana bridge mengenalpasti paket yang dihantar samada TCP atau UDP tidak dinyatakan.

> kajian terhadap sistem atau kajian yang sedia ada perlu diperbanyakkan.

> mengenai cadangan perlaksanaan perlulah mempunyai penambah baikkan daripada kajian yang sedia ada. sebagai contoh:
penambah baikkan daripada kajian yang dijalankan oleh cik marina keatas perisian bridge. (komen diberikan oleh Dr kamarul berdasarkan carta alir dalam laporan)

> Kenapa ujian dijalankan sebanyak 10 kali? kena dapatkan kepastian atau bukti.

> teknik pengujian tidak jelas. bagaimana pengujian data dijalankan? apakah jenis data yang digunakan? teknik penghantaran data samada streaming atau sebagainya.

> jelaskan lagi mengenai rekabentuk bridge perisian. bagaimana ia akan dibangunkan.

Thursday

Perjumpaan Terakhir Sebelum Hari Pembentangan

perjumpaan diadakan seperti biasa pada:

tempat: bilik perbincangan jabatan SKK
masa: 11 pagi
tarikh: 15/10/2009

tujuan perjumpaan adalah bagi membentulkan
kesalahan yang terdapat di dalam slide
pembentangan sebelum ia dibentangkan pada
hari pembentangan.

jadual masa pembentangan dimaklumkan seperti
berikut:

tarikh: 23/10/2009
tempat: bilik 2
masa: 10 pagi
penilai: 1)Dr. Asri 2)Dr. Kamarulnizam

Saturday

Penyerahan Laporan

2 salinan laporan disediakan dan diserahkan
pada 9 oktober 2009 (Jumaat), jam 3.00 petang.
begitu juga dengan borang-borang yang berkaitan.

Laporan diserahkan kepada AJK PSM, Tuan Syed Othmawi
di jabatan SKK.

Perlaksanaan Seterusnya:
> latihan pembentangan kali ke-2
> Pembentangan Laporan sebenar.

latihan pembentangan

Latihan pembentangan diadakan:
> tarikh: 8 oktober 2009 (khamis)
> masa: 11.00 am
> tempat: bilik pembincangan jabatan SKK


Agenda:

Semua pelajar dibawah penyelia Cik Marina
dikehendaki melakukan pembentangan laporan
masing-masing bertujuan memberi pendedahan
dan latihan kepada pelajar sebelum hari
pembentangan sebenar. pembentangan dijalankan
mengikut peraturan/cara yang telah ditetapkan.


Masa pembentangan: 15 minit.
Sesi soal/jawab: 5 minit.


Slide yang telah disediakan dibentangkan pada
hari pembentangan tersebut. 1 salinan slide
pembentangan dicetak dan diserahkan kepada
penyelia. Cik Marina bertindak sebagai penilai.
Soalan dan juga komen diberikan.


Soalan:
> Mengapakah En Firoz dipilih sebagai individu untuk
ditemuramah?
> Adakah spesifikasi komputer yang dinyatakan di
dalam silde tersebut di tahap minimum bagi melaksanakan
projek ini?


Komen:
> Susunan slide pembentangan perlu disusun
semula mengikut topik yang sesuai.
> Jangan gabungkan topik yang berbeza di dalam
satu slide. ia perlu diasingkan.
> Buatkan slide yang lebih menarik.


Keseluruhan perlaksanaan pembentangan ini dijalankan
selama 3 jam 1/2, iaitu dari jam 11.00 pagi sehingga
jam 2.30 petang. setelah selesai, pelajar dibenarkan
untuk berehat dan perbincangan disambung semula pada
jam 3.30 petang bagi proses pembetulan format laporan.
perbincangan selesai pada jam 5.00 petang. semua
pelajar di bawah penyelia Cik Marina terlibat.

Perlaksanaan seterusnya:
> Sediakan 2 salinan laporan dan dihantar kepada AJK PSM,
Tuan Syed Othmawi beserta borang-borang yang diperlukan.

draf kedua..

selepas pembetulan dilakukan, draf kedua telah dihantar kepada
penyelia, Cik Marina binti Md. Arshad pada 4 oktober 2009.

draf kedua disemak dan diserahkan kepada pelajar
pada 5 oktober untuk membuat pembetulan ke atas laporan.

perlaksanaan seterusnya:

> pembetulan laporan dijalankan
> slide pembentangan disediakan
> persediaan bagi latihan pembentangan laporan
> penyerahan laporan kepada AJK PSM pada 9 oktober 2009