Sunday

Minggu 10: (27/9/10 – 3/10/10)

- Konfigurasi kad rangkaian tambahan dijalankan pada FreeBSD menggunakan kod sumber yang diperolehi.

o Enable kad rangkaian
o Konfigurasi alamat IP
o Konfigurasi diletakkan pada lokasi etc/rc.conf

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

Minggu 9: (20/9/10 – 26/9/10)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

- Komputer yang dijadikan bridge memerlukan 2 kad rangkaian dimana 2 proses akan dijalankan oleh nya iaitu menghantar dan menerima paket. Oleh itu, kad rangkaian tambahan yang mempunyai cirri-ciri Gigabit 10/100/1000 dan menyokong jumbo frame sehingga 9000 byte disediakan. Berikut merupakan spesifikasi kad rangkaian yang diperolehi:

o D-Link DGE-530T
o 10/100/1000 Mbps Gigabit PCI Desktop
o Jumbo frame up to 9K

- Pemasangan kad rangkaian dijalankan pada komputer yang dijadikan bridge (FreeBSD)

Minggu 8: (30/8/10 – 3/8/10)

- Konfigurasi bridge pada FreeBSD menggunakan kod sumber yang diperolehi.
o Create bridge
o Create member/port/host
o Add member to the bridge

- Menghantar paket (<1500 byte & >1500 byte antara dua komputer (ping)
o PC A(FreeBSD) to PC B(FreeBSD)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge

Minggu 7: (23/8/10 – 29/8/10)

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.


- Menjalankan penyelidikan terhadap pemasangan, penggunaan, kod sumber bagi sistem pengoperasian FreeBSD.


- Memasang sistem pengoperasian FreeBSD kepada komputer.

Minggu 6: (16/8/10 – 22/8/10)

- Persediaan bagi pembentangan pertama (demo 1).

- Pembentangan dijalankan di makmal komputer bersama penyelia Cik Marina.

- Beberapa perubahan dan penambahan daripada demo 1 dimaklumkan.

- Segala komen dicatat dan dinilai.

- Menjalankan penyelidikan kod sumber bagi bridge.

Minggu 5: (9/8/10 – 15/8/10)

- Paket bersaiz biasa (<1500>1500 byte – 9000 byte) dihantar antara satu sama lain.

- Melihat perbezaan terhadap situasi yang berbeza dan direkod

- Mengubah konfigurasi kad rangkaian pada “jumbo frame” kepada had maximum (9 KB MTU). Proses diatas diulang.

- Paket bersaiz biasa (<1500>1500 byte – 9000 byte) dihantar antara satu sama lain.

- Melihat perbezaan terhadap situasi yang berbeza dan direkod

Minggu ke-4: (2/8/2010 – 8/8/2010)

- Memasang sebuah komputer dengan sistem pengoperasian linux mint dan windows XP yang telah sedia ada.

- Setiap komputer tersebut dipasangkan perisian wireshark dan mempelajari bagaimana untuk menggunakannya.

- Memasang perisian iperf dan mempelajari menggunakannya.

Thursday

Minggu ke-3: (26/7/2010 – 1/8/2010)

- Masih mempelajari kegunaan/penggunaan setiap perisian yang dicadangkan.

- Perisian VMWare telah dipasangkan kepada komputer dan dijalankan. perisian OS UBUNTU pula dipasangkan ke perisian VMWare. Oleh itu, komputer tersebut telah mempunyai 2 sistem pengoperasian yang berbeza iaitu sistem pengoperasian yang telah sedia ada, windows XP dan sistem pengoperasian UBUNTU. Kedua-dua sistem pengoerasian itu telah berjaya dijalankan serentak dalam 1 masa.

- Cadangan yang baru diterima daripada penyelia projek 2 iaitu:

> Install sebuah computer dengan OS linux (PC A)
> Install sebuah lagi computer dengan OS XP (PC B)
> Menghantar data-data berikut ke setiap komputer tersebut.

* Paket data bersaiz biasa (<1500 byte)
* Paket data bersaiz jumbo (>1500 – 9000 byte)

Minggu ke-2: (19/7/2010 – 25/7/2010)

-Menempah komputer di dalam makmal komputer jabatan SKK dengan tujuan melaksanakan projek 2.

-Mencari dan memuat turun perisian wireshark, free BSD, iperf, VMWare daripada "free sources".

-Memasang(Install) kesemua perisian tersebut kepada komputer di dalam makmal komputer.

-Menjalankan kesemua perisian tersebut dan mempelajari bagaimana untuk menggunakannya.

Minggu pertama: (12/7/2010 - 18/7/2010)

- Perjumpaan pertama pada semester baru bersama ahli kumpulan dan penyelia projek 2 Cik Marina.

- Perbincangan dijalankan bersama-sama mengenai perancangan bagi melaksanakan projek 2.
o Perjumpaan diadakan setiap hari khamis jam 2 petang di bilik perbincangan jabatan SKK.

- Cadangan yang dipersetujui.
o Menempah komputer di dalam makmal komputer yang dikhaskan untuk perlaksanaan projek 2 di jabatan SKK.
o Install dan mempelajari perisian Wireshark, VMWare, iPerf dan free BSD.
o Menghantar paket saiz jumbo diantara OS XP dan OS FreeBSD
o Menghantar paket saiz biasa diantara OS XP dan OS FreeBSD

Sunday

HARI PEMBENTANGAN PROJEK

Pembentangan projek dijalankan mengikut jadual. Giliran Pembentangan saya adalah pada jam 10 pagi dan telah hadir lebih awal daripada itu iaitu pada jam 8.30 pagi bagi membuat persiadaan terakhir sebelum memulakan pembentangan. sementara menunggu giliran, saya mendengar kawan-kawan yang lain membentangkan projek mereka serta memerhati dan mencatit komen daripada penilai-penilai yang berkaitan dengan projek saya. pembentangan dimulakan dengan hafizi, sukri, rasyid dan kemudian barulah giliran saya. masa yang diberi oleh penilai untuk membentangkan projek ini adalah 10 minit sahaja. oleh itu, saya mengambil isi-isi penting sahaja untuk dibentangkan. antara isi-isi yang dibentangkan adalah isi-isi yang mempunyai perbezaan dengan hasil pembentangan rasyid. setelah pembentangan selesai, keempat-empat pelajar iaitu hafizi, sukri rasyid dan saya sendiri dipanggil untuk duduk dihadapan penilai untuk diberi komen mengenai pembentangan kami. antara komen yang diberi mengenai projek rasyid dan saya adalah seperti berikut:

> Berbincang dengan penyelia mengenai tajuk "mengimplimentasi". tajuk "mengimplimentasi" seolah-olah pelajar hanya mengambil atau menggunakan bridge jumbo untuk dinilai tanpa melibatkan proses pembangunan. perkataan yang sesuai adalah "membangunkan"

> bahagian metodologi yang tidak lengkap atau tidak mencukupi.

> Perbezaan dari segi bagaimana bridge mengenalpasti paket yang dihantar samada TCP atau UDP tidak dinyatakan.

> kajian terhadap sistem atau kajian yang sedia ada perlu diperbanyakkan.

> mengenai cadangan perlaksanaan perlulah mempunyai penambah baikkan daripada kajian yang sedia ada. sebagai contoh:
penambah baikkan daripada kajian yang dijalankan oleh cik marina keatas perisian bridge. (komen diberikan oleh Dr kamarul berdasarkan carta alir dalam laporan)

> Kenapa ujian dijalankan sebanyak 10 kali? kena dapatkan kepastian atau bukti.

> teknik pengujian tidak jelas. bagaimana pengujian data dijalankan? apakah jenis data yang digunakan? teknik penghantaran data samada streaming atau sebagainya.

> jelaskan lagi mengenai rekabentuk bridge perisian. bagaimana ia akan dibangunkan.

Thursday

Perjumpaan Terakhir Sebelum Hari Pembentangan

perjumpaan diadakan seperti biasa pada:

tempat: bilik perbincangan jabatan SKK
masa: 11 pagi
tarikh: 15/10/2009

tujuan perjumpaan adalah bagi membentulkan
kesalahan yang terdapat di dalam slide
pembentangan sebelum ia dibentangkan pada
hari pembentangan.

jadual masa pembentangan dimaklumkan seperti
berikut:

tarikh: 23/10/2009
tempat: bilik 2
masa: 10 pagi
penilai: 1)Dr. Asri 2)Dr. Kamarulnizam